Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis Johor sahkan pegawai kanan, 2 anggota ditahan SPRM | Scoop

Polis Johor sahkan pegawai kanan, 2 anggota ditahan SPRM

Siasatan terperinci sedang dijalankan Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

6:55 PM MYT

 

MUAR – Polis Johor mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan dan dua anggotanya, semalam selepas disyaki terbabit rasuah berkaitan ujian saringan air kencing pesalah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama SPRM.

“Polis Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat oleh SPRM membabitkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis.

“Setakat ini, siasatan selari sedang diteliti dan dijalankan oleh JIPS bersama pihak SPRM,” katanya ringkas kepada Scoop, hari ini.

Terdahulu, laporan awal menyebut seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan SPRM kerana disyaki terbabit isu rasuah berkaitan ujian saringan air kencing pesalah.

Suspek lelaki berusia 36 hingga 54 tahun itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di tiga daerah di Johor.

Difahamkan, penahanan dibuat selepas mereka yang berpangkat Asisten Superintendan dan Sarjan hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor pada jam 2 petang kelmarin dan 11 pagi semalam.

Kegiatan suspek terbongkar selepas SPRM menahan seorang pegawai patologi dari sebuah hospital di negeri ini.

Sumber dilaporkan berkata, hasil siasatan SPRM mendapati, 10 pegawai kanan dan 33 pegawai JSJN seluruh daerah di Johor terbabit merasuah patologi sejak 2018 sehingga 2022.

Katanya, setakat ini, 37 individu ditahan secara berperingkat dan sudah diberi jamin SPRM.

Tangkapan tiga pegawai dan anggota polis itu oleh SPRM turut disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad pula dipetik berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan tatatertib (KST) selari berhubung tangkapan berkenaan. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related