Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM Anwar sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 petang ini | Scoop

PM Anwar sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 petang ini

Ini amanat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 2 petang ini.

Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain menerusi Facebook rasmi perdana menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital. 

Anwar akan menyampaikan amanat pertamanya sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, akan berlangsung di Putrajaya esok.

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related