Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 diarah batal | Scoop

Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 diarah batal

Konsert itu didakwa tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, tambahan diadakan dua hari selepas Maulidur Rasul

12:41 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan kelulusan Konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok yang dijadual berlangsung pada 30 September di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, konsert itu mendapat bantahan penduduk setempat kerana didakwa tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, tambahan ia diadakan dua hari selepas sambutan Maulidur Rasul.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai konsert itu dan selaku exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, saya sudah meminta pihak MBSP membatalkan kelulusan konsert berkenaan, namun pihak penganjur memohon memindahkan lokasi konsert ke Batu Kawan dengan syarat tambahan.

“Warga setempat (Kepala Batas) sudah mengemukakan bantahan rasmi mereka kepada Datuk Bandar MBSP baru-baru ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sejak kelmarin, tular poster berhubung penganjuran Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 yang menampilkan artis tempatan, antaranya Baby Shima dan beberapa artis Indonesia.

Bagaimanapun, di dalam poster itu tidak dinyatakan mengenai kadar caj tiket, selain tiada maklumat lengkap pihak penganjur yang mengendalikan acara terbabit.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran di Facebooknya turut menyatakan bantahan mengenai penganjuran konsert berkenaan.

Katanya, selepas menerima maklumat terperinci mengenai perkara itu, beliau mengarahkan #TeamBertamKita mengemukakan bantahan rasmi kepada Datuk Bandar MBSP, Datuk Azhar Arshad.

“Penganjuran konsert hiburan sebegini, pertamanya tidak sesuai diadakan dalam persekitaran Kepala Batas dan keduanya, ia diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul,” katanya. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related