Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mahkamah Agung jatuhi hukuman penjara 8 tahun ke atas Thaksin | Scoop

Mahkamah Agung jatuhi hukuman penjara 8 tahun ke atas Thaksin

Thaksin tiba di Thailand dengan menaiki pesawat persendirian yang berlepas dari Lapangan Terbang Seletar Singapura

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Agung Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin Shinawatra, selepas bekas Perdana Menteri itu kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Hukuman itu berkaitan dengan tiga sabitan yang dijatuhkan ke atas Thaksin, 74, tanpa kehadirannya di mahkamah sebelum ini.

Tiga sabitan itu membabitkan kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan, mengarahkan bank milik kerajaan mengeluarkan pinjaman asing secara haram dan memegang saham secara haram melalui penama.

Thaksin dibawa ke Mahkamah Agung lebih awal hari ini.

Thaksin selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang pada jam 9 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki pesawat persendirian yang berlepas dari Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Diiringi anak lelaki dan anak perempuannya termasuk Paetongtarn, yang merupakan seorang daripada tiga calon perdana menteri Parti Pheu Thai, beliau meletakkan jambangan bunga di hadapan gambar Raja Maha Vajiralongkorn di luar bangunan terminal.

Thaksin sempat melambai ahli keluarga, penyokong dan media yang berkumpul di luar bangunan terminal sebelum masuk ke dalam bangunan itu semula.

Terdahulu, penyokong Thaksin berbaju merah berkumpul di luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang bagi mengalu-alukan kepulangannya sambil memegang sepanduk.

Penyokongnya telah berkhemah di luar terminal sejak Isnin.

Selain itu, tokoh utama dan Ahli Parlimen Parti Pheu Thai turut berada di terminal bagi menyambut ketibaan Thaksin. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related