Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, kerja keras untuk negara: PM | Scoop

Kerajaan Perpaduan kekal kukuh, kerja keras untuk negara: PM

Keputusan di enam negeri itu tidak memberi kesan kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan

1:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bermula Isnin, Kerajaan Perpaduan harus bekerja keras dan lebih tekun supaya Malaysia akan mencipta kejayaan yang dibanggakan.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini, Perdana Menteri itu berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri itu tidak memberi kesan kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan terus kekal dan kukuh selepas selesai PRN.

“Saya menghormati mandat rakyat. Bermula Isnin, kami akan terus bekerja, bukan seperti biasa, tetapi lebih tekun dan kuat supaya Malaysia akan mencapai kejayaan.

“Apa yang penting ialah kita memastikan rakyat kekal bersatu, memastikan keamanan dalam negara dalam usaha kita mengangkat martabat dan memperjuangkan masa depan negara,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional kekal berkuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, Anwar berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar termasuk parti dari Sabah dan Sarawak yang menunjukkan sokongan walaupun tidak terlibat dalam pilihan raya ini.

Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan berkata, gabungan itu dan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan pilihan raya kali ini.

Katanya, mandat rakyat akan menjadi asas kolaborasi dalam Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan kerjasama bagi tempoh lima tahun lagi.

“BN mengucapkan tahniah kepada calon yang menang. Terima tanggungjawab ini untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berhenti, tetapi teruskan berjuang untuk aspirasi rakyat.” – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related