Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Najwan dan isteri selesai buang undi | Scoop

Najwan dan isteri selesai buang undi

Dia tiba bersama isteri, Syahira Razak sebelum kehadirannya disedari petugas media

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi tiba untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Anak jati Shah Alam itu tiba bersama isteri, Syahira Razak dengan berjalan kaki sejauh beberapa ratus meter, sebelum kehadirannya disedari petugas media.

Sebelum melepasi pintu pagar untuk ke saluran mengundi, beliau dilihat bersalaman dengan kakitangan keselamatan di situ dan menegur petugas media.

“Assalamualaikum,” katanya sambil tersenyum.

Beliau dilihat selesai mengundi 20 minit kemudian dan bersalaman dengan orang ramai sebelum bergerak pulang.

Selain Najwan, DUN Kota Anggerik yang menyaksikan persaingan tiga penjuru, ditandingi calon PN, Mohamed Sukri Omar dan calon Muda, Azad Akhbar Khan. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related