KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti pada 13 Ogos itu bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mengundi.
“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok. – 11 Ogos, 2023