Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Shila Amzah, Ubai selamat diijabkabul dengan sekali lafaz | Scoop

Shila Amzah, Ubai selamat diijabkabul dengan sekali lafaz

Meskipun masih bersedih di atas kepulangan ibunya ke Rahmatullah, Ubai berkata dia kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak lagi Patah Seribu, penyanyi Shila Amzah, 33, kembali bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang telah dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk ND Lala bersaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Khairi Hussein, pada jam 10.28 pagi tadi.

Mengenakan rona putih sedondon, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ketika ditemui media, Shila berkata, dia bersyukur dan gembira kerana akhirnya telah bertukar status daripada menjadi tunangan orang, kepada isteri yang sah.

Shila Amzah (kanan) atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000. – Gambar dari media sosial, 5 Ogos, 2023

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Inshaallah.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke jannah. Mudah mudahan. Apa yang penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zukkefli berkata dia sebak mengenangkan arwah ibunya yang telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Saya sedih kerana terkenangkan arwah ibu. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Inshallah saya akan cuba menjadi suami dan bapa yang terbaik kepada Shila dan Seth. Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya yang turut memaklumkan belum punya perancangan tentang lokasi bulan madu.

Majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang ini turut dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti seperti Marsha, Zara Zya, Fara Fauzana, Jihan Muse dan ramai lagi. Kedua-dua mempelai juga segak mengenakan busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related