Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hang nak sakit hati kenapa?: Anwar | Scoop

Hang nak sakit hati kenapa?: Anwar

'Yang hang nak sakit hati kenapa, ini kerajaan punya, bukan aku punya, hang tak boleh pakai, Perdana Menteri boleh pakai': Anwar

7:56 PM MYT

 

SIK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendarat di kubu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri menggunakan helikopter kerajaan bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda.

Anwar tiba di Padang Sekolah Kehangsaan Felda Teloi Timur dengan menaiki helikopter milik Jabatan Perdana Menteri, berdaftar sebagai 9M-JPM jam 6 petang diiringi helikopter polis yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution.

“Saya naik helikopter ke Jeneri mereka marah, kenapa naik helikopter, sekarang ini helikopter kerajaan.

“Yang hang nak sakit hati kenapa, ini kerajaan punya, bukan aku punya, hang tak boleh pakai, Perdana Menteri boleh pakai,” katanya ketika berucap di Padang Felda Teloi Timur di sini yang dihadiri lebih 3,000 penduduk sekitar Sik hari ini.

Sanusi sebelum ini pernah mempersoalkan kos penggunaan helikopter oleh Anwar.

Dalam ucapannya Perdana Menteri turut menempelak pihak yang melaungkan hidup Islam dan Melayu, namun tidak membantu dalam menyelesaikan masalah dihadapi golongan itu.

Anwar berkata, beliau sebagai Perdana Menteri juga tidak terkecuali daripada diburukkan, dicarut dan dimaki pihak yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu.

“Saya mahu noktahkan kemiskinan tegar seluruh negara tahun ini, yang miskin ramai, tapi baju sekolah boleh beli, susu boleh beli. Tapi miskin tegar ni (nak beli) susu anak pun tak ada duit.

“Kemudian nak cakap, hidup Melayu Islam, penyokong hang susu pun tak boleh beli. Hang ambil rumah, duit kekayaan. Berapa jumlah semua?

“Saya tak mahu kata Anwar bohong, cakap tak boleh percaya. Jangan mencarut, jangan maki hamun dan jangan fitnah orang, dok pilih orang macam tu pasal apa,” katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, dengan keadaan politik yang semakin stabil, beliau mahu menyelesaikan masalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum diserahkan kepada kementerian lain.

“Saya nak selesaikan masalah Felda, baru serah pada menteri lain, la (sekarang) ni bawah saya.

“Saya dah bagi mandat pada pengerusi (Datuk Seri Shabery Cheek) sebab saya tahu dia ada keupayaan dan serius. Insya-Allah saya sedaya upaya akan bawa perubahan. Sebab masalah dia (Felda) banyak dan saya tak mahu ambil sikit-sikit selesai,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, sistem negara ini memerlukan sokongan rakyat bagi memastikan kerajaan dapat membantu menyalur peruntukan untuk menyelesai masalah dihadapi termasuk di Felda.

“Saya mahu Felda, peneroka generasi pertama, kedua dan ketiga tunjuk komitmen. Saya telah cuba sebanyak mungkin, tak ada siapa boleh nafikan. Selain (penghapusan hutang Felda) RM8.3 bilion, soal internet, soal pusat dialisis, soal sekolah daif, lampu jalan berpuluh jalan diselesaikan.

“Ini baru lapan bulan kita selesaikan. Bayangkan kalau kita pegang lima tahun. Saya tak lupa jasa orang Felda ini insya-Allah,” katanya. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related