Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
DAP tidak pernah halang peruntukan untuk Islam, Melayu: Anwar | Scoop

DAP tidak pernah halang peruntukan untuk Islam, Melayu: Anwar

Sepanjang lapan bulan memimpin Kerajaan Perpaduan, jemaah menteri dari DAP tidak pernah membantah sebarang peruntukan yang diberikan untuk agama Islam dan kaum Melayu

8:40 AM MYT

 

BANTING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas naratif dimainkan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu.

Anwar berkata sepanjang lapan bulan beliau memimpin Kerajaan Perpaduan, jemaah menteri dari DAP tidak pernah membantah sebarang peruntukan yang diberikan untuk agama Islam dan kaum Melayu.

“DAP dan Anthony Loke dalam Kabinet sekarang tidak ada masalah, tambah peruntukan untuk Islam dia tak melawan, selesaikan berbilion ringgit hutang Felda dia tak melawan, peruntukan RM3 bilion untuk pesawah padi yang miskin dia tak lawan.

“Orang Melayu bermasalah bukan disebabkan kaum Cina, bukan sebab DAP, jangan temberang,” katanya ketika memberi ucapan di program Ramah Mesra Bersama Rakyat Jelajah MADANI di Kampung Sawah, di sini malam tadi.

Sebaliknya, Anwar berkata pemimpin Melayu terdahulu yang bersifat tamak haloba, menjadi punca pelbagai masalah termasuk keadaan negara yang menanggung hutang tinggi ketika ini.

“Masalah doktor kontrak, bertahun-tahun ugut mogok, tetapi bila kita pegang (menjadi kerajaan) dua ke empat bulan, kita boleh selesai,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga memberikan peruntukan segera untuk membaiki rumah tentera dan polis, yang sebelum ini berada dalam keadaan sangat teruk dan terbiar sekian lama. – 2 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Related